CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Photobucket

Saturday, November 26, 2011

2 hati menjadi 1

Assalamualaikum w.b.t
Bismillahirahmannirrahim…
“dimulakan dengan bismillah,disudahi dgn Alhamdulillah” lyric RAIHAN.. hehe sebenarnyer teringat cikgu counseling lysa pesan.. sebelum kte ingin mulakan sesuatu majlis kita perlu mulakan dengan ASSALAMUALAIKUM supaya pendengar dapat menerima input dengan sebaiknyer. Mungkin ramai yang terlepas pandang tentang hal nie. Sebenarnya hikmat  mengamal kan nyer sangat besar BESAR disisi sesame umat terutama disisi Allah S.W.T... Begitu juga dalam segala urusan duniawi, semoga urusan kita mereka dapat terima dengan sempurna apabila kita mengamalkan cara ini. Selepas memberi salam baru lah kita mulakan doa atau kata2 lain. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan..  waktu lysa tulis citera nie, sebenarnyer lysa rindukan kehidupan Asrama Sekolah.. Seronoknyer duduk asrama sekolah sbb kwn2 kiter adalah keluarga kiter ( tiba2 teringat) tiada kene mengena dengan tajuk utama..hehehehe..  Inilah dyer MASA TAK BOLEH BERUNDUR..  Hatta sedemikian, hadapilah hari mendatang dengan senyuman, lakukan kebaikan ibarat kita akan mati esok… 

Entry kali nie lysa nk citer tentang 2 hati menjadi 1..hehehe.. tiada apa yg menarik pun,Cuma sekadar cerita yang ingin dikongsikan bersama sahabat2 blog lysa. Sebelum mulakan cerita, lysa minta maaf sangat2 andai sepanjang lysa menulis kat blog nie ada menguriskan hati sesiapa. Lysa hanya menulis dengan apa yang lysa lihat,dengar dan rasa.. Alhamdulillah lysa masih diberi peluang utk menulis lg. hampir 2,3 ari jugak dok pk nak tulis ape.. hehehehe…



  Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan. Bahagia kan? Fitrah manusia hidup berpasangan. Semua orang nak pasangan yg baek ..  tp tahukah sahabat2 sy “jodoh kita ibarat cermin diri kita, baik diri kita maka baiklah pasangan yg kita impikan”.. maka kita tak boleh salahkan jodoh kita dengan apa yg telah kita terima. Melengkapi selepas perkahwinan itulah kemanisan sesudah sebuah penantian. Heeeeee ♥♥♥… Selepas kahwin nanti :: isteri masak,suami makan.. suami imam,isteri makmum..suami baca doa,isteri aminkan.. isteri merajuk,suami pujuk.. Renunglah nilai kasih sayang itu...Dua orang bersaudara (Ukhuwah) ibarat sepasang tangan,andai yang satu terkena kotoran yang satu lagi akan membersihkan pasangannya. Indahkan hidup berpasangan itu… hehehe..

Sy bukanlah seorang gadis yang CEREWET dalam memilih PASANGAN HIDUP… siapalah diri sy ini untuk MEMILIH berlian sedangkan sy hanya SEBUTIR PASIR yang wujud di mana-mana.. tetapi sy juga punyai KEINGINAN seperti gadis lain, DILAMAR lelaki yg bakal dinobatkan sebagai AHLI SYURGA, memimpin lysa ke arah tuju yang satu.. bukan rupa yg lysa impikan,bukan harta yang sy inginkan…tetapi sandaran AGAMA yang ada dalam diri si-DIA yg lysa PERLUKAN.. sy akan berasa amat BERTUAH andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran PERJUANGANNYA.. Andainya si-DIA adalah JODOHKU yang tertulis di LUH MAHFUZ, ALLAH pasti mencampakkan rasa KASIH didalam hatiku, jua hatinya kali pertama kita BERPANDANGAN kelak.. BAHAGIA itu pasti menjadi MILIK kita, itu janji ALLAH.. sy SAYANG kamu kerana ALLAH.. Ukhwah yang terjalin keranaNYA begitu manis untuk dirasai...walaupun sekadar di alam maya... Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan, mengerti apa yang tidak dijelaskan. kerana cinta tidak datang dari BIBIR, LIDAH atau FIKIRAN melainkan dari HATI:-)



“Tak perlukan Rupa yang sempurna.. Cukup sekadar sedap mata memandang”
Ya Allah… Aku tidak meminta seseorang yang sempurna dari sisiMu, tidak ya Rabb…
kerana Engkau pun pasti Maha Mengetahui sesungguhnya keadaanku, Engkau tahu dulu aku ini hanyalah musuhMu yang pernah singgah di jurang nerakaMu, dan akupun tahu, tiada seorangpun yang sempurna di dunia ini dari kesalahan atau kekurangan..Maka, aku meminta padaMu seorang yang tak sempurna ya Rabb, Sehingga dia merasa sempurna ketika diriku hadir dalam kehidupannya keranaMu…

Seseorang yang kan kusayangi kerana kelembutan hatinya
Seseorang yang kan kucintai kerana keindahan akhlaknya
Seseorang yang kan kukasihi kerana kehalusan budinya
Seseorang yang kan kukagumi kerana kesantunan sikapnya
Seseorang yang kan kupuja kerana kerendahan hati dan kesederhanaannya
Seseorang yang mahu menerimaku seikhlas hatinya…
Yang tak akan pernah ku menduakan cintanya hingga akhir hayatku tiba…
Seseorang yang kan ku hibur hatinya bila dia sedang bersedih
Seseorang yang kan ku sapu air matanya ketika dia menangis
Seseorang yang kan ku jadikan bahuku tempatnya bersandar saat dia penat
Seseorang yang kan ku dengar segala keluh – kesahnya
Seseorang yang kan ku pertaruhkan nyawaku demi menjaga kehormatannya
Seseorang yang ketulusan dan kesetiaan hati ini hanyalah untuknya…
Yang kan slalu kujanji bersamanya hingga malaikat maut menjemputku tiba…
Ya Allah…
wahai Tuhan yang memegang rahsia segala sesuatu,jadikanlah aku redha terhadap apa-apapun yang Engkau tetapkan Dan jadikan barakah dalam apa-apa yang Engkau takdirkan, Wahai Tuhan yang memegang hikmah segala sesuatu, Andai Engkau berkehendak lain, Sesungguhnya sebenar-benarnya kehidupan adalah kehidupan akhirat, Maka jadikanlah kehendakMu, bukan kehendakku…Sesungguhnya aku tidak mengetahui, sedangkan Engkau Maha Mengetahui, Takdirkanlah kebaikan bagiku, dan jadikanlah hatiku meredhainya… AMIN… J
ayat2 diatas tue lysa sekadar nak kongsi doa tentang  2 hati menjadi 1 jer ..  insyaALLAH, suatu ari nnt kita akan berjumpa dengan pasangan yg benar2 dilahirkan utk kita. Cepat atau lambat kita sekadar hamba yang perlu sentiasa bersabar. Selamat beramal sahabat2 lysa disini..





"WASSALAM "
 
All copyright dah reserved by Lysa Harada, jangan nak copycat sangat okey